hukum ( Tafkhim dan Tarqiq )
Huruf hijaiah terbahagi kepada tiga bahagian dari sudut Tafkhim(
التفخيم )dan( الترقيق )Tarqiq. Pertama: Huruf yang sentiasa ditebalkan
iaitu Huruf-huruf Isti'la'. Kedua: Huruf yang kadangkala ditebalkan dan
kadangkala dinipiskan bacaannya mengikut keadaan ayat. (Alif - Lam
Lafaz Allah - Ra').
Ketiga: Huruf yang sentiasa dinipiskan bacaannya iaitu Huruf Istifal selain daripada huruf Lam dan Ra'.
Pengertian Tafkhim
Tafkhim( التفخيم )Dari sudut bahasa: Gemuk (tebal).
Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Ibarat kekuatan masuk pada bunyi huruf
hingga bunyinya memenuhi mulut. Huruf Tafkhim terdiri dari tujuh huruf
yang terkandung di dalam bait syair( خص ضغط قظ ).
- Peringkat pertama Tafkhim ialah apabila huruf Tafkhim berbaris atas dan selepasnya terdapat huruf Alif contohnya:( قال ).
- Peringkat kedua Tafkhim ialah apabila huruf Tafkhim berbaris atas dan tidak ada selepasnya huruf Alif contohnya:( خلقكم ).
- Peringkat ketiga Tafkhim ialah apabila huruf Tafkhim berbaris hadapan contohnya:( يقول ).
- Peringkat keempat Tafkhim ialah apabila huruf Tafkhim Sukun contohnya:( إقرأ ).
- Peringkat kelima Tafkhim ialah apabila huruf Tafkhim berbaris bawah contohnya:( قيل ).
0 komentar:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !