1. Hukum Hamzah yang berbaris
atas: Hamzah Wasal yang berbaris atas disebut ketika memulakan bacaan
dengannya jika sekiranya ia berada di dalam kata sandang( ال )takrif
yang sentiasa disandang pada kata nama am. Contohnya:( الحمد لله رب
العالمين - الرحمن الرحيم )
2. Hukum Hamzah yang berbaris bawah: Ia disebut ketika memulakan bacaan
jika sekiranya ia berada di dalam kata kerja, huruf ketiganya berbaris
atas atau berbaris bawah atau berada di dalam terbitan kata kerja yang
telah lalu( الفعل الماضي ).
Contohnya:( ارجع إليهم) (استكبارا في الأرض) (ادفع بالتي هي أحسن ).
Perhatian penting: Di dalam bacaan, Hamzah Wasal terdapat pada tujuh tempat iaitu:( اسم - اثنتين - امرأة - امرؤ - ابنة - ابن ).
Manakala hukum mula bacaan Hamzah Wasal di dalam kalimah-kalimah ini ialah wajib dibaca dengan baris bawah.
3. Hukum Hamzah yang berbaris hadapan: Ia disebut ketika memulakan
bacaan dengannya, jika huruf yang ketiga di dalam kata kerja suruhan
berbaris hadapan. Contohnya:( اركض برجلك - ادع إلي سبيل ربك )
4. Hukum Hamjah gugur/sukun
Ketika bacaan sambung, Hamzah Wasal tidak disebut di dalam bacaan untuk
mengukuhkan huruf Sukun ketika itu ke atas huruf selepasnya dan ia
tidak memerlukan kepada Hamzah. Pada ketika ini Hamzah Wasal tidak
disebut di dalam bacaan sambung. Ketika memulakan bacaan dengan Hamzah
Wasal, barisnya mestilah disebut sama ada ia berbaris atas, berbaris
bawah atau berbaris hadapan. Jika Hamzah Wasal berada di dalam satu
kalimah contohnya:( والله - وبالحق ), ia tidak boleh disebut sama
sekali kerana tidak sah menyebutnya secara berasingan dalam apa keadaan
sekalipun. Apabila Hamzah Wasal yang berbaris bawah bertemu dengan
Hamzah Istifham (persoalan), Hamzah Wasal perlu dibuang dan disebut
Hamzah Istifham secara berbaris di atas. Keadaan ini terdapat pada
tujuh tempat di dalam al-Quran iaitu:- Pertama:( أتخذتم )dari firman
Allah( قل أتخذتم عند الله عهدا ).
Kedua:( أطلع )dari firman Allah( أطلع الغيب أم أتخذتم عند الله عهدا ).
Ketiga:( أفترى )dari firman Allah( أفترى على الله كذبا ).
Keempat:( أصطفى )dari firman Allah( أصطفى البنات على البنين ).
Kelima:( أتخذناهم )dari firman Allah( أتخذناهم سخريا أم زاغت عنهم الأبصار ).
Keenam:( أستكبرت )dari firman Allah( أستكبرت أم كنت من العالين ).
Ketujuh:( أستغفرت ) dari firman Allah( سواء عليهم أستغفرت أم لم تستغفر لهم ).
Hamzah Wasal yang berbaris di bawah juga apabila bertemu dengan Hamzah
Istifham (persoalan), Hamzah Wasal mestilah dibuang dan Hamzah Istifham
mesti disebut secara berbaris di atas.
Hukum Baris Hamjah
Written By writer on Senin, 31 Desember 2012 | 15.42
Label:
Belajar al quran,
belajar tajwid
0 komentar:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !